Salam,
Hari ini nak cerita tentang cerita seorang abang kepada adiknya:
Adik : Abang tadi di sekolah rakan adik Dol ada memberitahu bahawa komputernya dijangkiti virus
Abang : Virus apa? Virus H1N1 ke ?
Adik : Buat lawak pulak. Virus komputer lah.
Abang : Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Abang : Macam NI. Sini abang cite sikit ?
Abang : -Virus akan berjangkit apabila seseorang menggunakan perisian yang sudah
dijangkiti.
-Perisian ini selalunya diedar melalui diskette , USB , rangkaian komputer
ataupun yang sewaktu dengannya . Sebagai
contoh:
- Pembuat
virus akan mengedar virus ini dengan bersama dengan sebuah perisian
permainan yang menarik. Perisian ini diletakkan dalam internet dan
diedarkan secara percuma.
- Seorang
pelajar telah memunggah perisian ini kedalam komputer di makmal dan
bermain dengan permainan ini. Komputer dalam makmal ini telah dijangkiti.
- Seorang
teman berminat dengan permainan ini menyalinnya kedalam disket dan bermain
di komputer dirumahnya dan menjangkit komputer dirumahnya..
- Seorang
lagi pelajar menggunakan komputer yang telah dijangkiti tadi untuk
membuat kerja kursus dan menyimpan hasil kerjanya kedalam disket. Semasa
menyalin kerja kursusnya, aturcara virus yang ada dalam memori telah
menyelinap masuk kedalam sektor boot disket ini. Keesokkanya pelajar ini
ingin memperkemaskan lagi kerja kursusnya telah dapat menggunakan sebuah
kemputer lain yang tidak digunakan. Semasa mengguna komputer telah
berlaku ralat pada komputer dan pelajar tersebut terpaksa memulakan
semula komputer tanpa menyedari yang disketnya masih dalam pemacu cekera.
Terdapat ralat yang mengatakan disket tadi bukanya disket sistem yang
boleh digunakan untuk memulakan komputer. Virus telah pun masuk kedalam
komputer ini. Pelajar mengeluarkan disket dan tekan sebarang kekunci dan
komputer kembali beroperasi bersama virus ini yang telah pun menjangkiti
rekod boot utama komputer ini.
- Seorang
bapa telah menggunakan komputer untuk membuat kertas kerja menggunakan
komputer dirumahnya yang telah dijangkiti virus dan kemudian
memperkemaskan kertas kerjanya dengan komputer dipejabat dan menjangkiti
komputer tersebut. Komputer ini akan menjangkiti disket lain dan
begitulah seterusnya.
- Sebagai rumusan, komputer berjangkit melalui disket atau rangkaian. Ia menjangkiti disket yang boleh ditulis dan fail yang boleh dilaksanakan. Aturcara yang telah dijangkiti akan berjangkit pada cekera atau aturcara lain apabila dilaksanakan.
Adik : Ohhhhhhhhhhhhh. Macam Tu. Blur adik
Abang Tak mengapa.
[tamat]
Sekian terima kasih dari sailor silenc3
0 ulasan:
Catat Ulasan